Wednesday, April 13, 2016

NRMurni Spa Kecantikan Muslimah

PAKEJ SPA UNTUK BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum semua.

...
Musim cuti sekolah datang lagi!!!! Ini bermakna musim kenduri-kendara pun sudah kembali. Di musim cuti sekolah inilah ramai yang mengambil peluang mengadakan majlis perkahwinan. Ada yang telah lama membuat perancangan & tak kurang juga yang membuat persiapan di saat-saat akhir.
Debaran bagi bakal pengantin tentulah lebih hebat lagi kan? Ini kerana mereka bakal melangkah ke alam baru iaitu alam rumahtangga. Sudah menjadi satu kemestian, bakal pengantin akan mempersiapkan diri secara dalaman dan luaran sebelum tibanya hari persandingan.
NR MURNI SPA KECANTIKAN MUSLIMAH turut menawarkan pakej menarik khusus buat bakal raja dan ratu sehari. Dengan harga yang amat berpatutan, kami menyediakan pakej khas yang terdiri daripada mandi susu dan mandi bunga, bleaching (pencerah) badan, urutan, skrub badan, rawatan muka dan juga sauna. Kesemua rawatan ini dimasukkan dalam satu pakej khas iaitu Pakej "PUTERI SEHARI" yang bertujuan memulihkan dalaman dan menyegarkan luaran bakal pengantin. Ini penting supaya bakal pengantin akan kelihatan berseri-seri di hari yang bersejarah itu nanti. Selain itu, ia turut memberi keyakinan kepada para pengantin untuk menempuh alam rumahtangga yang bakal menjelma.



NR MURNI SPA '
Manicure & Pedicure (Kuku Tangan & Kaki)
"Manicure" merupakan rawatan kuku tangan di mana ia melibatkan proses membersih, membentuk dan merawat kutikel kuku anda. Ini penting bagi memastikan kuku tangan anda sihat dan kuat. Sewaktu proses manicure, tangan anda akan diskrub bagi membuang sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah
"Pedicure" adalah sama dengan manicure cuma perbezaannya ia adalah untuk kaki. Kaki merupakan satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. Semasa pedicure, kuku kaki anda akan dibersih dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. Seperti manicure, kaki anda akan diskrub dan diurut bertujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah. Selain itu, kaki akan dibersihkan bagi melegakan kaki rekah dan melembapkan kulit.



Urutan tradisional
Membantu menghilangkan pening dan migrain, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar, melancarkan peredaran darah, membantu meringankan tubuh dan menajamkan penhlihatan, membantu memecahkan lemak, kolesterol dan melegakan demam, membantu melegakan ketegangan urat leher, stess, belikat, pinggang serta urat sendi dan kaki.
Sakit saraf, Hidrocephalus (pembengkakan kepala kerana lebihan cairan yang ada di sekitar otak), penyakit urat saraf tersepit, Parkinson, Gega rotak, Imsomnia, Gangguan organ (kerosakan saraf tulang)







Kebaikkan Mandi Bunga
:- Menaikkan Seri Wajah
Badan Harum & Wangi
Menstabilkan Aura Badan
Badan & Minda berasa Segar & Tiada Tekanan
Tujuan mandian bunga ini selalunya untuk menaikkan seri wajah, menghilangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri, menyegarkan badan serta minda, menghilangkan bau badan, menaikkan serta menstabilkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang segar lagi berseri.

Kini, amalan tradisional itu dilakukan dan mendapat tempat di kalangan wanita sama ada yang sudah berumahtangga atau pun belum berkahwin bertujuan untuk kelihatan cantik berseri serta menarik. Pasangan pengantin juga selalunya disaran untuk melakukan mandian bunga ini bertujuan untuk mengusir anasir negatif dalam badan sebelum mereka memulakan kehidupan baru di alam rumahtangga.

Amalan mandi bunga ini telah di buktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan serta menyegarkan tubuh badan manusia. Mandian bunga membawa banyak faedah di mana bunga dikatakan pencerap tenaga matahari paling baik dan apabila mandi dengan air bercampur bunga kita akan mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga tadi.

Bunga apabila direndam dengan air sejuk akan mengeluarkan butir-butir debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air dan gerakkan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh badan dan seterusnya dapat merangsangkan sistem hormon di dalam badan.

Kajian menyimpulkan konsep mandian bunga dapat membawa masuk dan keluar tenaga secara bebas, cekap dan efektif yang mana merangsangkan deria atau antena kulit melalui reseptor bulu roma itu jika di buat secara teratur dan amat berkesan dalam menangani pelbagai keadaan ketidak harmonian seseorang individu itu.

Pilihan bunga-bungaan yang berbau wangi dan seelok-eloknya mempunyai warna yang menarik kerana dari segi saintifik, aura warna dan bauan bunga mempunyai tenaga sendiri yang akan bertindakbalas dengan tenaga dalam tubuh seperti kuasa magnet.

BUNGA & KHASIAT
Mawar Merah - Membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi
Mawar Putih - Menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampal lebih berseri
Cempaka Putih - Melembutkan dan mewangikan badan
Cempaka Kuning - Menyerikan wajah dan mewangikan badan
Melur Putih & Kuning - Menyucikan dalaman
Bunga Kenanga - Menaikkan seri dan senang di dekati

BUNGA & KHASIAT
Kemboja Putih & Merah - Menghasilkan suasana tenang dan meningkatkan daya tahan tubuh
Bunga Tanjung - Mengharumkan badan dan membuat fikiran menjadi tenang
Bunga Kertas - Sebagai penyegar badan
Bunga Kekwa Putih & Kuning - Menyejukkan badan dan meredakan pening kepala

KHASIAT LIMAU
Limau Purut - Buang kotoran badan dan membuka pori-pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah
Limau Susu - Melembutkan kulit





rawatan lain












TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI

Hubungi Cik Asma- 0175145090

No comments:

Post a Comment